untuk kau semua boleh !
Wednesday, 8 May 2013 | 0 letters
kau bilang kau mahu ketawa bersama pelangi
aku bawa ,lalu kau mahu turun ,
turun utk pergi ke awan
kata mu kau mahu
bermain bersama sang bayu
kau bahasa kan aku dengan tingkah mu
aku cuba mendalami setiap satu persatu yang kau mahu
untuk kau --
cuba mencelik kan setiap apa yang kabur
menjadi kain utk mengelap air matamu
menjadi therapist di kala kau sakit
mencatat kan setiap apa yang kau mahu
mempamer setiap cinta aku yang masih merah
kerana aku ada seseorang yang lebih indah
dari apa yang aku mahu
dari apa yang aku pinta
dari penjuru mana kah harus aku bersujud sehingga
kebas seluruh pelosok tulang ku untuk
ucap bertapa bahagianya aku ada kamu
aku cuba ada kan apa yang kau ada ,
memenuhi setiap kecelaan kamu dengan kesempurnaan cinta kita