kehadapan bintang
Wednesday, 8 May 2013 | 0 letters
kehadapan bintang cerah
aku tidak bisa melelap kan mata
untuk lena bersama mimpi yang indah
segenap lapisan hati aku masih rindu pada Nya
kehadapan bulan terang
khabarkan pada pencipta Mu
aku mahu pulang ke jalan dia ,
aku mahu di bawa masuk ke satu ruang
yang aku sangat bahagia bersama Nya
serta bertemu kekasih Nya
kehadapan malam yang hening
cerita kan pada penghuni langit
yang aku masih belum bersedia untuk di ambil
segala yang aku punya di saat ini .
kehadapan seluruh semseta
perkhabarkan aku tentang betapa indahnya
Dia mencintai aku dengan penuh kasih sayang
sehingga dia mensudi kan apa yang aku minta
dan apa yang aku tidakminta...