PUISIAWANBIRU


syukur
Thursday 6 March 2014 | 0 letters
aku melihat  tujuh warna itu
tapi bianglala mula menghilang
di langit magenta .

terkesima lihat hadirnya
teja dari celah kepulan asap awan ,

dan rabas mula berjatuhan dari hijau nya
daun menandakan langit sudah pon lelah menangis


dengan melihat keindahan
aku cegat dan mula pejam kan mata
garis senyum ku  terukir mencapai tenang .
dalam diam aku damai .
hanya hati bermonolog sendiri
betapa nikmat ini patut aku syukuri --

datang dia
datang nya kau melangkah penuh gaya .
membuat saluran arteri aku tersumbat
kornea mata aku tidak sempat menangkap .
pankreas aku mengecut tak ingat
hati aku bagai di rentap

nanti bila kau pergi dgn senyum ,
seluruh globalisasi aku kembali
berputar paksi dgn meligat . .


momen kelam
Monday 3 March 2014 | 0 letters
momen momen kelam semalam biar tersimpan
menjadi arkib  di muzium kamu
sesekali di sudi jenguk
supaya tak lupa takdir semalam
itu buat kau sekuat ini -
semoga kau di bwah lndungan nya Sahabat --
rancang .tak laku
perancangan aku tak laku
sebab tak disulam sarat yang sebuah doa
mungkin kalo pon jadi mengikut kehendak aku
aku berani mati ia tak sebahagia sperti yang tuhan
takdirkan


jadi kali ini
aku ambil langkah
merancang dgn usaha
dan di selit camping nya doa aku .


semoga yang dtg dri usaha dan doa
sebuah pemberiian  bahagia dari tuhan .

menjadi kanak kanak
ada disatu tempat
kau bebas jadi sesiapa
kau bebas berkata mahu itu dan ini ,
kau bebas ketawa -
kau bebas berlari mencarit pelangi .


disitu kau bahagia tnpa  memikir kan
genting nya menyelesaikan sebuah persoalan .
dan payah nya membina sebuah hidup
menjadi kanak kanak itu bahagia bukan ?

tersusun
aku sudah lama pergi
pergi dari draft hidup kamu
tertulis nya aturan takdir  dri Dia
sudah lama tersusun ,
aku pasti itu yg terbaik --
buku yang sama
beri peluang pada kau untuk kali kedua itu
ibarat buku yg dh lapok aku buka sekali lagi
adegan yg sama .flow plot yg sama
,metafora yg tiada beza
 .
dan yg paling menggila

aku sudah tahu akhir jalan cerita nya
tapi aku masih tetap ingin baca ..


posts about links

Cari aku
.< - email:nursalwani@ymail.com.
- tumblr:fotouniks.tumblr.com.

love, nursalwani


pesan
assalamualaikum , sudi baca aku ,hayati tulisan aku , ambil kiranya kamu mahu .


Credits
Layout by Chocolettha.
Colors Colorpicker.